Sunday, 20 January 2013

Sampai bila?

Assalamualaikum

Buat ape kita nak risaukan pasal masalah orang lain sedangkan diorang tak pernah fikirkan pun pasal diri kita. Kalau ye pun selalu fikirkan ade kau usaha buat something kat dia? Dari kecik sampai sekarang dah masuk alam dewasa pun aku masih buat perangai macam ni. Time tadika dulu, bila aku bawak bekal je mesti habis kat kawan-kawan aku. Nak kata aku merajuk tu tak la tapi apa yang aku rasa time tu biarkan diorang nak makan kat rumah aku boleh suruh mama buatkan lagi. Tapi diorang tak pernah pula nak semawa aku ke nak bagi sikit rasa makanan diorang ke.. semua tak pernah.

Bila dah masuk sekolah rendah, kita semua mesti dah pandai fikir. Dewasa punya benda pun dah difikirkan oleh budak sekolah rendah time tu. Masalahnya bila berkawan ni , ni kawan aku kau tak yah nak curi kawan aku. itulah konsep yang dipegangkan zaman kanak-kanak aku. Kalau gaduh dengan dia ni pergi cari kawan yang lain pastu hasut jangan kawan dengan dia then bila berbaik salam. Tapi time kecik bergaduh cemana sekalipon kauorang akan tetap berbaik balik tak kira macam mana caranya. Muka aku ni pulak famous jadi orang tengah. Kalau dua orang ni bergaduh aku la postman tak dibayar gaji pergi menyampai apa yang diorang nak cakap to each other. cakap sendiri tak nak takut ego tercalar. huhhh

masuk alam menengah ni, lagi teruk masalah yang dihadapi. dalam hidup, aku hanya bagi dua peluang untuk seseorang tu. contohnya, si A ni kawan baik dengan aku tapi suatu hari dia gaduh teruk dengan aku. mintak berbaik balik pastu buat lagi perangai lama macam suka kata belakang ke..takat tu je la aku bagi peluang kat dia. lepastu kalau dia nak mintak baik balik aku tak layan tapi aku maafkan si A tadi cuma aku tak nak ada apa-apa lagi dengan dia. macam delete memory antara aku dengan si A tadi. Dah ramai orang yang berpengelaman dengan perangai aku ni.

Jiran setaman aku pon salah sorang yang pernah buat macam ni sampai sekarang kitorang tak bertegur sapa. Memang tak baik buat macam ni sampai bila nak gaduh kata mak mak kitorang. masalahnya kitorang dah tak gaduh cuma kitorang dah tak kenal masing2. Then, aku jugak jenis yang bila berkawan ni macam-macam idea yang keluar nak buat itu ini. Contoh macam birthday si B tak lama lagi akan datang, and otak aku mulalah nak fikir buat something yang si B ni takkan lupakan kitorang. aku lah yang banyak bagi idea, bawak itu, sediakan ini, tapi apa yang lain buat? yang lain hanya dok saja dan mendengar je dan turut excited mungkin.

Kalau ditanya mungkin dibalas cenggini "habis kau nak aku buat apa?, sorrylah mak aku tak leh nak buat itu, alahh aku tak de la benda alah tu.. habis korang ingat semua benda aku ada? asal aku boleh fikir korang tak boleh nak fikir? aku seorang je ke manusia yang ada akal fikiran? yang tau nk ikhtiar nak dapatkan suatu benda. Kalau bab plan nak pergi school trip pulak, selalunya setiap kelas akan kutip duit kelas then duit yang lebih tu kitorang decided nak buat party ke or pergi trip dengan classmates. Last-last semua benda tak jadi. salah siapa? mula lah nak tunding jari,,, kau ah..dia ah yang buat kita cancel ni..

Kadang-kadang tu aku sanggup habiskan masa aku berfikir nak main game apa, nak buat aktiviti apa kalau kitorang pergi bercuti kat mana-mana. Bila ditanya semua orang setuju, okay dengan apa yang diberitahu. Aku ok je, alah semua ok je.. nak tanya okay kau tu terjamin ke? kalau betul-betul terjamin kau okay pi la seribu kali pon aku tak kesah. Rasa macam diri ni bodoh asyikkan menyibukkan diri nak fikir pasal diorang yang speak louder than action. when its come to action ade kau buat sungguh2? sorry la maybe ade yang terbaca blog aku ni terasa hati ke apa ke. Tapi sampai bila aku nak pendam dalam hati? aku tak mengungkit tapi korang duduk pejam mata, fikir balik ade korang ambik inisiatif tak nak buat sesuatu perkara tu sungguh-sungguh biar menjadi.

Korang mungkin akan cakap, kau tak pe lah family sporting, tak kene marah selalu, buat ini itu tak salah, tak rasa terseksanya duduk di tempat kitorang,,,, kau ingat aku anak emas anak orang kaya yang buat itu ini parents tak marah? parents aku marah dah berkali-kali tapi aku endah jugak sebab nak bagi KAWAN aku bahagia. Mak aku bising sebab asyik keluar tapi aku keluar jugak sebab takut nanti kau kata apa pulak. Mulut kalau berbicara memang manis. Parents aku pun dah pernah tegur kenapa kau asyik nak serabut fikir pasal diorang ade diorang fikir pasal kau? Tak kisahlah kau nak cakap aku berdrama ka apa ka aku selalu fikir pasal hubungan kawan kita. Malah aku dah fikir 10 tahun akan datang. Macam mana kita nak bersama kalau dua tiga orang je yang ambil berat pasal relationship ni.

Bukan dendam atau dengki tapi aku dah tak nak ambik peduli tentang korang. Kalau korang cakap kita ni kan family mesti tolong each other berapa orang yang tolong menolong sangat? Sebab mulut terbuka rosak hubungan ni.. mungkin aku dah jangka tapi aku tetap akan jadi kawan korang. Tapi aku takkan ulang perkara bodoh untuk nak sibuk fikir pasal korang unless you all thinking about me.

sampai bila lagi aku nak spend time to be worry at someone who does not even thinking about me?

sampai bila.....

No comments:

Post a Comment