Assalamualaikum
Okay semalam aku temankan mak aku pergi hospital kat penang. Buat check up sikit, dalam menunggu sekerat hari dan berjam-jam sedangkan 2-3 orang je yang ada. Mama dengan abah ada hal sikit nak urus pasal sekolah adik aku di balik pulau. I ni yang tak suka hospital bagai nak gila je ada kat sana. Tapi sebab mak takpelah kita tunggu ja sampai malam pun. Makin lama orang dekat situ dh merungut asal tak panggil-
Dengan beraninya grandma bertanya kepada nurse cunn melepak kat tepi tu. "Asal tak bergerak pun farmasi 007 ni?" amekaw farmasi 007 hoho dia ingat boleh nak buat skyfall or james bond kat sini.. Dia cakap doktor pergi emergency case so tak ade doc la. Kena tunggu lagi ...
3 jam berlalu...
barulah nama mak kena panggil. Tengah mak masuk buat checkup tu, ade lah kakak ni duduk sebelah kita sambil tak endah je kat anak dia. Tengok muka nampak macam muda like me ^___^ walaupun dah kawin perangai, cara bercakap still macam kebudakan sikit. Aku dengar dia cett tak baik dengar orang cakap.. dia yang bukak speaker kuat nak tak nak aku dengar je lah.
Mak dia kata "kau pergilah cari suami kau kat luar tu, biar mak tunggu abah ni haa"" pastu tak dengar pun suara dia aku nampak muka kakak tadi muncung 15 belas haha siap bergegas pergi cari husband dia. Si anak kecik mana yang tak nak ikut mak dia. Anak dia pun menangis nak ikut sekali dia tarik and dukung haa nampak kaso gilerr.. 10 minit kemudia kakak tadi masuk balik.
Kali ni dia masuk sorang je.. apa yang aku nampak dia cuba masuk tanpa endahkan anak dia kat belakang yang tengah ekorinya. Nak jadikan cerita, time dia masuk anak dia menangis kat luar sekuat hati ye la sebab pintu hospital kan beso macam mana budak lebih kurang 1 tahun lebih nak bukak. Dia dah jalan setengah nak sampai kat mak dia baru dia patah balik pi tengok anak dia.
Sekali tu ada pakcik ni di buat bising dia cakap "mak ape tinggalkan anak kat luar sorang?? haihhh " kakak tu nak bebai *buat muka* jalan cepat-cepat. Malu di depan orang ramai kena tegur. Haa baru kau tau. Si husband pun datang and dia gaduh-gaduh cakap suami dia tu tau jumpa kawan je. bukan nak jaga anak.
Okay sekianlah cerita kat atas tadi. Tak nak tuduh sesiapa tapi harap sangat janganlah kita buat macam tu. Sebagai seorang ibu kita mestilah jaga anak. Tanggungjawab suami menjaga isteri dan tanggungjawab isteri menjaga anak. Sebab tu Tuhan bagi kurniaan yang tak terhingga iaitu anak untuk kita bentuk dan jaga biar menjadi orang berguna. Jangan sakiti anak yang tak kenal lagi kehidupan di dunia ni, jadi kita sebagai ibu haruslah pimpin tangan dia supaya ke arah jalan yang lurus.
Walaupun aku tak berpengalaman dalam hal rumah tangga, dan in sha Allah hari itu akan tiba akan aku manfaat sebaik-baiknya. Kalau aku dikurniakan cahaya mata nanti inshaAllah, aku nak menatang dia bagai minyak yang penuh. Aku nak didik dia dengan agama, supaya nanti bile dia dah besar didikan dari keciklah yang akan diikutinya. Macam yang aku selalu lihat parents banyak nak mengongkong anak mereka. Nak keluar bermain tak kasi, nak berkawan tak kasi, nak pergi sana sini tak kasi, memang untuk mengelakkan kejadia yang tak diingini berlaku, tapi ada yang terfikir apa anak kita rasa?
Aku tak nak sesekali mengajar anak aku memberontak dengan tindakan aku. Kalau nak buat apa pon boleh asalkan minta kebenaran dahulu. Kalau dia nak pergi mana-mana berseorangan pun tak salah kita biarkan asalkan kita tahu dengan siapa dia berjumpa kat mana dia pergi. Aku lebih suka didik anak bercakap benar macam yang aku buat kepada parents aku. Kejujuran yang akan menghilangkan semua rasa suspicious parents.
Anak-anak ialah permata hati, selagi diorang dikurniakan oleh tuhan kepada kita sayangilah mereka tak kira apa jua fizikal dan mental mereka. Ada hikmah nya kalau tuhan bagi yang tidak seberapa kepada kita dan masih kita harus bersyukur sebagaimana rupa pun yang di beri-Nya. Jadi kepada bakal ibu bapa ataupun yang telah menjadi ibu bapa saya harapkan sangat anda akan lebih memberi kebebasan dalam erti kata kebebasan yang bukan melampau. Anak-anak kita diibaratkan seperti burung yang seharusnya terbang
bebas di udara untuk menempuhi cabaran hidup.
Alhamdulillah~~~
No comments:
Post a Comment